Pada masa kini, membeli rumah bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan dapat dilakukan segera, apatah lagi membuat pinjaman peribadi. Walaupun rumah di negeri-negeri lain mungkin lebih murah, tetapi sayangnya ramai yang bertumpu di ibu kota seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Hal ini tidak disangkal bahawa ibu kota yang mempunyai pembangunan yang pesat seperti Kuala Lumpur dapat menarik minat syarikat-syarikat besar untuk bertapak di sini.

pinjaman islamik

Meskipun begitu, masih ada juga individu yang mampu membiayai kos untuk membeli rumah dengan pinjaman perumahan sedangkan gaji hanyalah sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Apa pula jampi atau rahsia yang digunakan mereka ini untuk mendapat pinjaman yang mudah dan beli rumah pertama mereka? Apa yang penting, mereka ini tahu apa yang bank suka dan tak suka, jenis rumah yang berguna dan strategi pembelian rumah.

Di sini kongsikan rahsia dan tips beli rumah pertama dengan cara yang tepat dan juga merangkumi perkara-perkara penting yang anda perlu ambil tahu terlebih dahulu. Layari laman web Mega 3 Housing untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang cara-cara untuk memiliki rumah anda yang pertama.

1. Pastikan Pekerjaan Berstatus Tetap

Sebelum meluluskan pinjaman, pihak bank akan terlebih dahulu akan menilai kestabilan pendapatan anda melalui status kerja anda.

Oleh itu, pihak bank akan menggunakan kalkulator loan rumah untuk menentukan jumlah pinjaman yang akan diberikan kepada anda berdasarkan kestabilan pendapatan anda.

pinjaman peribadi islamik

Jika berstatus atau kontrak, ini mungkin agak sukar untuk pihak bank bagi kelulusan pinjaman islamik untuk beli rumahJika baru mula bekerja, mungkin anda kena menunggu sehingga anda sudah menerima status pekerjaan tetap, lazimnya selepas 3 ke 6 bulan.

Namun, terapat juga beberapa pengecualian. Sesetengah pihak bank masih dapat menerima permohonan penjawat awam yang berstatus kontrak, walaupun sudah bekerja melebihi 6 bulan.

2. Semak Penyata EPF dan Pastikan Majikan Mencarum Tepat Masa

Ramai orang tidak tahu bagaimanakah cara pengeluaran KWSP untuk beli rumah mereka. Sesetengah orang tidak pernah menyemak status penyata EPF sehinggalah pengeluaran KWSP untuk beli rumah.

Semasa hendak membeli rumah, di situ mulalah tahu bahawa majikan tidak mencarum tepat pada masa, sehinggakan ada yang tercicir antar bulan. Oleh itu, pastikan anda menyimpan baik-baik borang EA untuk bayaran cukai supaya anda tidak ditolak mentah-mentah oleh pihak bank.

3. Elakkan Daripada Terlewat Bayaran Dengan Institusi Kewangan.

Pihak bank akan sentiasa menilai kelayakan anda melalui skor kredit. Antara faktor yang menyumbang kepada skor kredit yang baik adalah melalui paten bayaran yang anda buat untuk komitmen yang sedia ada.

Data bayaran ini boleh diperoleh oleh pihak bank melalui sistem CCRI yang diuruskan oleh Bank Negara. Kelewatan bayaran melebihi 2 bulan tunggakan akan menyebabkan permohonan anda ditolak. Oleh itu, anda kenalah lebih berdisiplin dan mengambil tahu cara kira loan rumah terdahulu sebelum berurusan dengan pihak bank.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang tuan-tuan dan puan-puan wajib jauhi. Perkara ini sangat berleluasa untuk orang kita, terutamanya golongan muda. Ini juga menjadi penyebab utama kenapa seseorang itu tidak layak untuk membuat pinjaman.

Jika tuan dan puan yang mempunyai pinjaman PTPTN yang belum dilunaskan, sebaiknya bayar tepat pada masa. Jikalau ada sebarang tunggakan, bayar dengan segera atau hadir ke pejabat PTPTN untuk membuat memohon pertangguhan.

Seterusnya, elakkan daripada menjadi penjamin. Jika orang yang dijamin itu tidak membayar pinjaman, CCRIS tuan dan puan pasti akan menerima kesan yang tidak baik.

pengeluaran kwsp untuk beli rumah

4. Meminimumkan Bilangan Kad Kredit

Selain itu, anda juga disarankan untuk meminimumkan bilangan kad kredit dan gunakannya secara bijak dan berhemah. Kebanyakan bank akan mengambil 5% daripada had maksimum kad kredit anda sebagai komitmen. Oleh sedemikian, elakkan daripada berhutang separuh daripada had maksimum kad kredit anda.

Jika melebihi separuh, pihak bank akan menandakan anda sangat mempunyai kebergantungan dengan kad kredit dan anda boleh melupakan hajat untuk memiliki rumah mampu milik. Tekan sini untuk maklumat lebih lanjut tentang rumah mampu milik di Melaka.

Comments are closed.